menyelusuri susur galur penghidupan ku yang penuh onak duri hingga mengajar aku erti penghidupan sebenar di dunia yang penuh pancaroba ini
Monday, June 24, 2013
FAKTA KESIHATAN YANG PERLU KITA TAHU !!!!
Ramai antara kita yang mencuba macam-macam cara untuk menjaga kesihatan, yang makan makanan tambahan, ubat-ubatan, bersenam, jaga makan apa semua… macam-macam caralah kan? Mari kita lihat apakah fakta kesihatan yang perlu kita tahu…
1. GULA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN SEPERTI ROKOK.
Walaupun gula nampak macam tak membahayakan diri macam merokok, hakikatnya… makanan manis boleh membahayakan diri kita, sama macam menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia, gula merosakkan sama seperti alkohol dan rokok, menurut mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.
2. SENAMAN TIDAK AKAN MEMBUAT KITA JADI KURUS.
Walaupun ramai membuat senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga berat badan, banyak kajian menunjukkan, jika tidak disertakan dengan kawalan pemakanan atau diet yang sihat, ianya hanya memberikan kesan yang sangat sedikit dalam proses menurukan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan dalam The British Journal of Sports Medicine mendapati, sekumpulan 12 orang yang melakukan senaman yang diselia tetapi tidak melakukan diet, tidak mengalami penurunan berat badan yang nyata. Walaubagaimanapun, walaupun tak menurunkan berat badan, senaman tetap memberikan faedah kesihatan yang lain.
3. GULA-GULA GETAH MERANSANG KUASA OTAK.
Tak ada masa untuk sarapan? Cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas. Pengakaji dari Coventry University mendapati, gula-gula getah berperisa pudina menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian lain mendapati, mengunyah gula-gula getah boleh menaikkan markah ujian dan meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%.
4. KOPI BOLEH MENANGKIS KEMURUNGAN.
Kita selalu dengar yang kafein tak bagus untuk kesihatan, bagaimanapun, satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat atau lebih cawan sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri.
5. BERSIKAP OPTIMISTIK BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA.
Optimistik(berfikiran positif), kita tahu, jika kita bersikap optimis, ia boleh membawa kegembiraan dalam hidup dan hubungan, bagaimanapun, kajian mendapati bersikap optimistik boleh membuatkan anda hidup lebih lama. Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan mereka yang bersikap optimis jarang mengalami penyakit jantung, sementara kajian dari Duke University Medical Center pesakit jantung yang bersikap optimis hidup lebih lama berbanding mereka yang tak berapa nak optimis.
6. MESIN WANG SAMA KOTOR DENGAN TANDAS.
Jarang la kot orang nak basuh tangan atau guna hand sanitizer lepas ambil duit kat ATM kan? Ujian kebersihan yang dilakukan di Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada papan kekunci dari mesin wang dan tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit. (Hampir hujung bulan ni..awas pengguna mesin ATM!)
Semoga info hari ini memadatkan gedung ilmu anda.
Jadi, amalkan gaya hidup sihat!
Kesihatan adalah segalanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment