Wednesday, January 9, 2013

Air Force – Next Generation (AF-NG)





Sempena HUT TUDM yang ke-52 pada 01 Jun 10, KDYMM Sultan Pahang selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM telah melancarkan logo strategik Airforce Next Generation (AF-NG).

Matlamat AF-NG adalah untuk membentuk TUDM sebagai satu tentera udara berkeupayaan  full spectrum yang boleh melaksanakan tugas dan misi di dalam semua keadaan aman atau perang dengan berkesan.
Inisiatif bagi transformasi AF-NG tersebut telah diketengahkan oleh Panglima Tentera Udara bagi melonjakkan TUDM ke satu tahap tinggi sebagai tentera udara bertaraf dunia.

TUDM perlu berubah untuk menjadi ketumbukan yang lebih berwibawa dan berkaliber dari apa yang ada sekarang.

Matlamat AF-NG adalah untuk membentuk TUDM sebagai satu tentera udara berkeupayaan full spectrum yang boleh melaksanakan tugas dan misi di dalam semua keadaan aman atau perang dengan berkesan.Di samping itu TUDM juga mampu untuk melaksanakan misi-misi kemanusiaan (HADR) diperingkat domestik dan global.AF-NG merupakan ketumbukan udara masa depan yang berteraskan teknologi dan pengetahuan serta diterajui oleh pegawai dan anggota yang berketrampilan.

Konsep dan Perlaksanaan

Ketumbukan Pasukan (Our Force)

Aspek ini melihat kepada keupayaan dan kesiagaan TUDM. Kemampuan TUDM di masa depan seharusnya meliputi semua bentuk operasi (full spectrum), yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan berteknologi dan berkeupayaan tinggi untuk beroperasi di ruang udara, ruang angkasa dan dunia siber. Penguasaan ke tiga-tiga medium mampu menjadikan TUDM sebagai ketumbukan yang dinamik.

Kapasiti Organisasi (Organisation Capacity)

Aspek ini memberi fokus kepada usaha untuk memperkasakan TUDM menjadi sebuah ketumbukan udara yang dinamik, teguh dan fleksibel di dalam mengharungi cabaran dan kekangan melalui hasil integrasi 3 elemen iaitu man, machine and mission (3M). Keupayaan TUDM akan ditentukan oleh kekuatan organisasi dan halatuju bagi mempromosikan agenda dan objektif yang digariskan.

Doktrin (The Doctrine)

Aspek ini menitikberatkan kepada cara kerja dan prosidur yang perlu difahami untuk diaplikasikan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia memberi impak yang besar melalui usaha yang digariskan di dalam AF-NG supaya dapat memberi nafas baru melalui doktrin-doktrin yang kemaskini dan membangunkan doktrin-doktrin baru yang relevan dan terkini.

Warga Pasukan (The People)

Aspek ini merupakan faktor yang paling penting di dalam transformasi AF-NG di mana TUDM kelak akan dibarisi oleh pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berkualiti yang disokong oleh anggota yang berkemahiran dan komited. Budaya dan persekitaran TUDM masih bersandarkan kepada `5 nilai teras’ sedia ada, selain memberi penekanan kepada keterbukaan, inovatif dan kreativiti.



Perlaksanaan

Transformasi ke arah AF-NG dijangka mengambil masa selama 10 tahun di dalam 3 fasa bermula pada tahun 2010.
Fasa 1
Diklasifikasikan sebagai readiness to change yang bermula dari 2010 hingga 2012.
Fasa 2
Adalah fasa implementation mulai tahun 2013 hingga 2017.
Fasa 3
Adalah making it stick yang bermula pada 2018 hingga 2020.
(Nota: Selepas tahun 2020 AF-NG perlu dikekalkan dan dibudayakan agar TUDM sentiasa relevan dengan kewujudannya).




Pengertian Logo







Logo AF-NG mengandungi perkataan AIRFORCE NEXT GENERATION. Ia disulami jaluran warna rasmi TUDM beserta dengan 4 simbol objek bergerak ke hadapan, melambangkan transformasi AF-NG:
Ketumbukan Pasukan (Our Force).
Kapasiti Organisasi (Organisation Capacity).
Doktrin (The Doctrine)
Warga Pasukan (The People)



No comments:

Post a Comment