Tengok je pix kat atas mesti korang dah tau nama dia.Benda yang dah berzaman diguna oleh kaum ibu untuk anak-anaknya.Baru-baru ni kedengaran desas-desus mengatakan minyak ini mengandungi lemak babi di dalam isi kandungannya.
Jadinya pada pagi ini,Jumaat bersamaan 21/12/2012 NSi telah membuat panggilan ke PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA untuk bertanyakan kesahihan perkara ini.Menurut pegawai yang menyambut talian tersebut PPIM telah pun merujuk hal ini kepada JAKIM,akan tetapi pihak JAKIM masih membuat siasatan terhadap produk ini.Menurut beliau lagi produk minyak YU YEE CAP LIMAU ni 100% buatan NEGARA CHINA dan kilang yang mengedarkannya didalam MALAYSIA berpangkalan di PULAU PINANG tidak pernah mendapatkan sijil HALAL dari pihak JAKIM.
Jadinya adalah di nasihatkan kepada para pengguna yang beragama ISLAM AMNYA menjauhi dari menggunakan produk ini buat sementara waktu sehingga kita memperolehi keputusan dari pihak JAKIM.Wallahualam.
Rujukan PPIM Contact Number
No comments:
Post a Comment