Persediaan Untuk Anak Kucing Anda
Rumah anda haruslah bersedia untuk menerima kehadiran anak kucing sebelum anda membawanya pulang.
Si Comel anda akan memerlukan :
. Tempat yang selesa dan selamat untuk tidur
. Tempat tidur yang selesa
. 2 mangkuk yang tidak mudah dipecahkan untuk makanan dan minuman mereka
. Bekalan makanan kucing
. Dulang/bekas najis jika kucing anda dibela didalam rumah
. Kolar bersaiz kecil
. Beberapa permainan untuk Si Comel
. Nama - dipilih sebelum Si Comel anda tiba dan rajinlah menyebut nama tersebut ketika anda memberi makan,menepuk-nepuk,bermain dan menghias diri Si Comel
Buat permulaan pastikan isirumah senyap dan hadkan pelawat.Kanak-kanak harus diingatkan bahawa Si Comel perlu berehat dan menyesuaikan diri tanpa banyak gangguan.Dalam sedikit masa dan suasana yang selesa,naluri ingin tahu dan bermain Si Comel akan menjamin kegembiraan berjam-jam lamanya.
Kurung Si Comel di dalam rumah untuk minggu-minggu pertama bagi menyesuaikan diri dengan rutin dan pemakanan dan tidur mereka.Binatang peliharaan lain hendaklah diperkenalkan secara perlahan-lahan kepada Si Comel dengan pengawasan.Bagi mengelakkan rasa cemburu,jangan lupa untuk memberikan perhatian kepada binatang peliharaan yang lain.
Peralatan Tempat Tidur
Si Comel perlu berasa selamat dan terjamin terutamanya ketika mereka mula-mula sampai di rumah.Tempat tidur yang selesa memberikan kesan yang mendalam untuk membuatkannya rasa selamat.Tempat tidur khas kucing,bakul atau kotak kadbod dilapik dengan selimut atau tuala lama sesuai untuk dijadikan tempat tidur.Asalkan ianya hangat,selesa dan mudah dibersihkan.Walau apa pilihan anda,pastikan ianya mudah dicapai dan jauh dari tempat yang berangin.
Latihan Ke Tandas
Latihan
Bagi melatih kucing anda memberi tindak balas terhadap nama yang diberikan,panggil nama Si Comel setiap kali anda bermain,membelai,memberi makan atau bercakap dengannya.Sebelum Si Comel anda dibawa balik,tentukan tingkah laku manakah yang tidak boleh diterima seperti melompat ke atas bangku dapur atau tidur di katil.Cara yang paling berkesan untuk mendisplinkan Si Comel ialah menggunakan suara yang kuat dan kasar.Langkah pencegahan ini harus dilakukan pada saat tingkah laku yang tidak disukai berlaku.Jangan pula lupa untuk memberikan pujian serta ganjaran ketika Si Comel melakukan tingkah laku yang disukai.Mengejar atau memukul kucing tidak mendatangkan apa-apa kecuali menjadikan pemilik naik angin dan kucing menjadi penyendiri.
Pencegahan Parasit
Aspek penting untuk mengekalkan keceriaan dan kesihatan kucing ialah rawatan berulang untuk parasit.Kutu menjadi masalah biasa bilamana cuaca panas menjadi mereka lebih aktif.Adalah wajar untuk anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan seawal mungkin untuk memastikan Si Comel bebas daripada kutu.Harus diingat,kucing boleh dijangkiti kutu semula dengan cepat.Jad,pastikan tempat tidur,persekitaran dan binatang peliharaan lain turut dirawat.Berbincanglah dengan doktor haiwan anda tentang rawatan kutu dan kecacingan.
Vaksinasi
Pencegahan penyakit merupakan perkara penting dalam perjagaan binatang peliharaan.Vaksinasi yang berulang memastikan mereka hidup lebih lama dan sihat.Jika anda membeli Si Comel daripada pembiak kucing pastikan mereka telah pun menerima vaksinasi.Mintalah kad rekod vaksinasi dan bawa bersama ketika berjumpa dengan doktor haiwan nanti.
Kesihatan Gigi
Seperti juga manusia,kesihatan gigi merupakan perkara yang paling penting untuk kesihatan kucing.Tanpa dibersihkan dengan sempurna,plak dan tartar akan berkumpul pada gigi serta gusi dan boleh menyebabkan penyekait.Bagi cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan gigi Si Comel,silalah berjumpa dengah doktor haiwan anda.
Hias Diri
Walaupun kebanyakan kucing menjaga kebersihan diri dengan baik sekali,Si Comel masih perlu disikat sekali-sekala untuk memastikan bulunya bersih dan tidak kusut.Ini sangat penting terutamanya untuk baka kucing yang berbulu panjang seperti kucing Parsi.Lebih awal anda memulakan rutin hias diri,lebih senang untuk Si Comel membiasakan diri.
Mikrocip Pengenalan
Semakin ramai pemilik kucing menggunakan teknologi mikrocip untuk pengenalan haiwan peliharaan mereka.Mikrocip ini diletakkan dibawah kulit kucing oleh doktor haiwan.Sama seperti kod bar,ianya boleh diimbas untuk mengesan kucing anda melalui pusat pendaftaran.
Pengkasian
Kucing hendaklah dikasi melainkan anda bercadang untuk membiakkan kucing anda.Tiada perbezaan diantara kucing jantan dan betina setelah dikasi.Kedua-duanya masih menjadi teman yang penyayang untuk seisi rumah anda.
Lawatan Ke Doktor Haiwan Anda
Petua utama untuk menjaga kesihatan dan kebajikan kucing anda ialah selalu membawanya berjumpa doktor haiwan.Doktor akan mengajar anda untuk memeriksa mata,telinga,mulut dan bulu kucing anda di rumah dan memberikan maklumat lebih lanjut.
Waktu Makan
Membesar dan bermain merupakan satu tugas yang berat,sebab itulah Si Comel anda akan mempunyai selera makan yang besar.Makanan yang anda berikan kepada Si Comel anda pada 12 bulan pertama adalah sangat penting.Ianya hendaklah mempunya kombinasi tepat protin,lemak,vitamin dan mineral yang diperlukan Si Comel untuk membesar dengan sihat.Daging sahaja tidak cukup untuk membekalkan semua khasiat yang diperlukan.Jadi,berilah Si Comel anda makanan yang dirumuhs khas untuk Si Comel.
Pemakanan Kucing Hamil Dan Yang Menyusui
Kucing yang hamil dan menyusui hendaklah diberi makan makanan anak kucing sebanyak yang ianya mahukan untuk menjamin tubuh yang sihat serta pengeluaran susu induk yang baik.
Bekas Makanan
Si Comel yang lapar boleh teruja dengan kehadiran makanan di depan mereka.Jadi,kehadiran bekas makanan yang tahan pecah adalah satu idea yang baik.Siapa tahu jika bekas makanan kucing anda akan terbalik ketika mereka berebut makanan.Seeloknya di asingkan bekas makanan mereka jika anda mempunyai bilangan kucing yang banyak.Kedua-dua bekas dan makanan hendaklah bersih,rendah dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Cadangan Makanan Harian
Kadar pemakanan Si Comel boleh diberi mengikut butiran arahan pek makanan yang anda beli.Sila rujuk arahan di bungkusan pek makanan Si Comel.
thanks alot...sy dapat banyak ilmu dr awk..sbb baru nak jd penjinak kucing..hehehe
ReplyDeleteterima kasih..byk ilmu yg bgus-bagus tentang kucing disini,
ReplyDeleteterima kasih, info berguna
ReplyDeletemaaf ye xde pix...blog ni kn hacked abis semua pix2 dlm ni hilang
ReplyDelete