Monday, September 5, 2016

Buah Nenas




Nenas lebih di kenali sebagai raja buah-buahan,kebiasaannya pada masa lalu sering disajikan untuk orang asli di kawasan tropika dan golongan kaya di Eropah.Tumbuhan tropika ini berasal dari Uruguay,Brazil,Puerto Rico dan Paraguay.

Nenas yang masak dan berair akan memenuhi citarasa manis anda.Selain rasa yang enak dan sedap,nenas juga mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan.Nenas sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi jumlah rendah lemak dan kolestrol.

Nenas mengandungi enzim roteolytic yang dipanggil Bromelain.Bromelain berfungsi memecahkan protien,mempunyai ciru-ciri anti radang dan boleh mengurangkan bengkak.Nenas membantu dalam penyembuhan tekak,artritis dan sakit sendi.Ciri-ciri anti radang buah nenas dapat mengurangkan gejala-gejala artritis dan membantu untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan dan kecederaan sukan.

Untuk meningkatkan keberkesanan khasiat buah nenas,nenas harus di makan diantara waktu sebelum makan iaitu ketika perut kosong kerana bromelain bermanfaat untuk meningkatkat sistem penghadaman perut anda.





Selain itu nenas juha membantu membina tulang yang sihat kerana ia kaya dengan magnesium dan mineral yang diperlukan badan untuk membina tulang dan tisu penghubung.Dalam satu gelas jus nenas mengandungi 73% daripada jumlah harian magnesium yang disyorkan kerana nenas menggalakkan pertumbuhan tulang di kalangan orang muda dan mengukuhkan tulang bagi orang tua.

Buah nenas juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan bertindak memberi perlindungan yang sangat baik daripada radikal bebas.Menurut kajian berkaitan vitamin C, faktor  penting antioksidan yang larut air ialah  ia tidak termusnah terhadap kesan radikal bebas.

Nenas juga baik untuk selsema dan juga batuk.Biasanya apabila seseorang itu sakit atau demam,mereka akan makan atau minum jus oren sebagai sumber vitamin C.Tetapi adalah lebih bagus mengetahui bahawa jus nenas juga baik terhadap demam atau batuk sebagai pengganti jus oren,ditambah pula dengan manfaat tambahan kerana nenas mengandungi bromelain yang membantu menyembuhkan selsema dan batuk.

Nenas juga meningkatkan kesihatan mulut.Makan nenas juga dapat mengurangkan risiko gingivitis dan periodontitis.Selain meningkatkan keupayaan tisu untuk tumbuh semula ,ia juga meningkatkan keupayaan badan untuk melawan serangan bakteria dan toksin lain yang menyumbang kepada penyakit gusi,





Saintis Australia telah menemui molekul-molekul berguna dalam batang nenas.Kajian awal telah menunjukkan bahawa batang nenas dapat mengelakkan berlakunya beberapa jenis kanser  seperti kanser payudara,kanser paru-paru,kanser kolon,kanser ovari dan kanser kulit.

Antara faedah lain buah nenas,"Raja Buah" ini dapat melegakan artritis ,membantu mengurangkan tekanan darah tinggi,bronkitis,jangkitan tekak dan senak perut.

Jika anda ingin mendapatkan semuja manfaat nenassepertimana yang telah dijelaskan diatas ,pastikan anda memakan nenas yang terbaik serta segar buahnya.


No comments:

Post a Comment