Thursday, March 14, 2013



Helium lebih ringan daripada udara di keliling kita, itu sebabnya ia amat sempurna bagi belon yang terdapat di parti harijadiHelium lebih ringan daripada udara di keliling kita, itu sebabnya ia amat sempurna bagi belon yang terdapat di parti harijadi

Tindak balas kimia berlaku pada setiap masa, termasuk aktiviti harian seperti memasak. Cuba masukkan asid seperti cuka dengan soda penaik dan lihat apa akan berlaku!
Manusia bernafas mengeluarkan karbon dioksida (CO2).Dengan menggunakan cahaya matahari,tumbuh-tumbuhan menukarkan karbon dioksida kepada makanan semasa proses yang dipanggil fotosintesis.

Logam biasanya padat, pengalir eletrik dan habayang baik, bersinar bila ia bersih, kukuh dan boleh dilentur dan dibentuk.
Emas bersinar dan tidak terhakis. Ini bermakna ia suatu logam yang baik untuk membuat barang kemas.

Raksa adalah logam berbentuk cecair pada suhu bilik. Raksa adalah cecair yang digunakan dalam termometer di klinik.
Tembaga merupakan pengalir elektrik yang baik dan selalunya digunakan untuk membuat wayar.

Aluminium merupakan pengalir haba yang baikdan selalunya digunakan untuk membuat periuk masak.

No comments:

Post a Comment