Monday, March 4, 2013

Menangguk Di Air Yang Keruh



Email ini telah dihantar oleh PKR - Parti Pakatan Rakyat secara random kepada rakyat Malaysia dan salah seorang sahabat saya telah menerimanya.Di waktu begini tidak perlulah berpura-pura berlakon mengambil berat keadaan di sana..jika betul bertanggungjawab.. di mana wakil2 mereka di Sabah yang turun menghulurkan bantuan.Jangan cakap berapi-api tapi hasilnya tidak ada.

Hentikan politik kotor ini untuk memancing undi dan fahamilah saat getir para pejuang negara yang menggadai nyawa mereka di sana untuk mempertahankn kedaulatan negara kita.Jangan suka menangguk di air yang keroh yang kelak akan membinasakan negara.Ada pengajaran di atas apa yang telah berlaku di Sabah..seeloknya kita rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira fahaman politik dan agama memperjuangkan kedaulatan negara kita bukan ini caranya.


     MEDIA RELEASE
     MARCH 4, 2013

     THE FEDERAL GOVERNMENT SHOULD NOW PRIORITISE ON GUARANTEEING OUR
     TERRITORIAL INTEGRITY AND SECURITY


     Any leader of any country must defend his nation’s sovereignty and
     the security of his people.


     Failing to do so is a grave betrayal of the people’s trust in its
     government. Therefore, Pakatan Rakyat urges the present national
     leadership to do that which is required of them, to defend our land
     and never to compromise the safety of each and every Malaysian, and
     the test of those principles is ongoing in and around Sabah’s Lahad
     Datu and Semporna with the escalating violence brought by armed
     foreigners.


     In Lahad Datu two of members of our security forces have lost their
     lives, while the latest acts in Semporna have claimed six of our
     men in uniform. We express our sincere condolences to these men’s
     families and may God bless them for they have given the highest
     sacrifice for a grateful nation.


     Pakatan Rakyat calls on all Malaysians to show unreserved support
     to our security forces, both the police and military. And pray that
     they remain safe while defending our nation and its people from
     harm.

     Pakatan realises the recent incidents in Sabah raise concern and
     fear, but we urge the public to remain calm and not to act rashly
     and hurt their fellow countrymen.


     The coalition takes this opportunity to restate its confidence in
     the capacity and capability of our security forces to protect our
     country’s sovereignty.


     We are disappointed with the weak leadership show by the federal
     government whose responsibility is to keep Malaysia’s security
     intact.

     While we are convinced that national security transcends political
     divides and all citizens must support the security forces’ efforts,
     it does not abrogate the federal leadership for its lax treatment
     of the whole affair.

     This leadership has failed to pass accurate information quickly so
     that the public is aware of what is happening, an error which has
     caused rumour-mongering to be rife.

     We understand that the government is investigating the leader of
     opposition to over the armed intrusions in Sabah. We would like to
     state categorically that Dato’ Seri Anwar Ibrahim is in no way
     involved with the escalation of violence in Sabah nor the cause of
     it.

     The Sabah intrusion is now into its fourth week (Day 23) — fourth
     day of hostilities — and the federal leadership appears not to have
     a clear plan to overcome the violation of our sovereign territory,
     or to stop any further intrusions. Instead Putrajaya is
     irresponsibly trying to avert the eyes of the people from its own
     role.


     It is time the federal government realises its jobs is to defend
     and protect Malaysia, its people and the warriors on the frontline.


     Pakatan urges for an immediate meeting between the leadership of
     our coalition and the prime minister, home minister and defence
     minister, followed by a special sitting of Parliament to discuss
     the intrusion.


     We strongly demand Putrajaya stops finger-pointing at others
     especially Pakatan Rakyat and never to betray the trust of the
     Malaysian people.

     DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
     Leader of the Opposition

     DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG

     PAS President
     LIM KIT SIANG

     DAP Adviser
     --------

     KENYATAAN MEDIA

     PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


     4 MAC 2013


     DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN
     KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA
     PASUKAN KESELAMATAN


     Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab
     mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan
     anggota pasukan keselamatan.


     Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat
     merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru
     Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas
     mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan
     keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran
     dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di
     sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan
     keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.


     Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira
     negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam
     nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga
     mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri
     rahmat.


     Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap
     teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau
     tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat
     mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.


     Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya
     menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai
     tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau
     menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan.
     Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita
     terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan.
     Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional
     sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan
     politik.


     Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan
     negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam
     menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan
     maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan
     terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar
     angin tersebar luas.


     Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena
     tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan
     kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan
     rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari,
     keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan
     rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.


     Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas
     Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk
     mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita
     juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara
     pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk
     mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.



     YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

     Ketua Umum KEADILAN


     YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG

     Setiausaha Agung PAS


     YB LIM KIT SIANG

     Penasihat DAP

No comments:

Post a Comment