Thursday, January 10, 2013

LAGI ANASIR JAHAT MENGHINA ISLAM




Kejadian di Surau Assobah 
 
Selepas sembahyang isyak jummat lepas di Surau Assobah, BBB, kami didatangi sekeluarga berbangsa india (ibu dengan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan) yang menyampaikan hasrat nya ingin memeluk islam. Menurut mereka, abang mereka telah islam dan sedang menuntut di pondok pasir tumbuh KB dan mereka bercadang nak ke KB selepas majlis pengislaman mereka. Kami diberitahu yg bapa mereka masih tidak bersetuju dengan hasrat mereka memeluk islam.
 
 
Majlis pengislaman mereka disempurnakan oleh ust Dr Zulkifli dan pehak surau telah mengadakan kutipan derma kilat dan kami berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM4700.00 yg diberikan terus kepada meraka.
 
 
Ketika ahli surau berkongsi berita mengenai ini kepada rakan2 mereka didapati cerita itu bersamaan dengan apa yg berlaku di surau di salak tinggi.... setelah diteliti akan cerita tersebut besar kemungkinan besar mereka adalah orang yang sama ..... meraka mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang2 melayu/islam.

 
Diharap kejadian ini dapat memberi peringatan kepada kita semua supaya lebih berhati2 dimasa hadapan. Mungkin kalau ia nya terjadi dikawasan kawan2, dicadangkan supaya butir2 peribadi mereka (IC no, alamat, gambar, phone numbers dsbnya) dapat dicatitkan. Pemberian wang harus dibuat berhati2 .. mungkin tak diberi terus, tetapi hanya diberi setelah urusan pengislaman mereka telah direkodkan oleh pehak berkuasa atau sebagainya ...

Tolong sebarkan penipuan keluarga india ini 

Ferrarri Terbakar Putra Kajang



Seorang pemilik sebuah premis mencuci kereta tergamam apabila melihat sebuah kereta mewah jenis Ferrari 360 Spider bernilai lebih RM1 juta milik pelanggannya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Jalan Putera 3, Taman Putera, Kajang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.25 malam itu berlaku beberapa minit selepas kereta mewah tersebut diletakkan di situ oleh pemiliknya untuk dicuci.

Namun belum sempat ia dicuci, wanita berusia lingkungan 30-an tersebut terkejut apabila mendapati kereta itu tiba-tiba terbakar menyebabkan kereta itu musnah.


Difahamkan, pemilik kereta itu merupakan seorang lelaki dan dia terselamat kerana telah keluar terlebih dulu sebelum kebakaran berlaku.

"Kami masih menunggu punca sebenar kejadian daripada bomba yang membantu menjalankan siasatan," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab.




Bantu Jejaki Mereka

WANTED


Rosihan Saji (kiri) Nordin Ahmad (tengah) dan Ahmad Izwan (kanan)


KULAIJAYA – Tiga lelaki geng pecah sekolah yang aktif melakukan samun dan melarikan barang berharga  di sekolah sekitar daerah ini berjaya dicekup hasil risikan dijalankan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuliajaya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, ketiga-tiga mereka dicekup secara berasingan dalam tempoh seminggu.

Kesemua mereka membabitkan suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun, selepas laporan diterima pengawal keselamatan sekolah.

Menurut Zulkefly, hasil tangkapan itu membawa kepada penemuan barangan curi yang dilaporkan termasuk tiga rangka motosikal yang dipercayai turut dicuri kumpulan berkenaan.

“Kejadian terbaru berlaku pada 14 Disember lalu apabila kesemua suspek memecah masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK ) Sinar Bahagia, Felda Taib Andak.

“Dalam kejadian itu mereka berjaya melarikan dua televisyen jenis LCD dan projektor yang disimpan dalam perpustakaan sekolah,” katanya.

Kesemua mereka turut disyaki memecah masuk ke sekolah sama sebanyak dua kali sebelum ini dan melarikan tujuh komputer riba yang dalam proses dilupuskan serta sebuah gitar elektrik.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pecah rumah dan Seksyen 411 kanun sama di atas kesalahan mencuri kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu Zulkefly berkata, pihaknya sedang giat memburu tiga lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan itu bersama-sama tiga suspek yang ditangkap.

Mereka yang dicari ialah Ahmad Izwan Yatim, 27, atau Bauk; Rosihan Saji, 33, atau Angai dan Nordin Ahmad, 37, yang dikenali sebagai John.

Wednesday, January 9, 2013

Air Force – Next Generation (AF-NG)





Sempena HUT TUDM yang ke-52 pada 01 Jun 10, KDYMM Sultan Pahang selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM telah melancarkan logo strategik Airforce Next Generation (AF-NG).

Matlamat AF-NG adalah untuk membentuk TUDM sebagai satu tentera udara berkeupayaan  full spectrum yang boleh melaksanakan tugas dan misi di dalam semua keadaan aman atau perang dengan berkesan.
Inisiatif bagi transformasi AF-NG tersebut telah diketengahkan oleh Panglima Tentera Udara bagi melonjakkan TUDM ke satu tahap tinggi sebagai tentera udara bertaraf dunia.

TUDM perlu berubah untuk menjadi ketumbukan yang lebih berwibawa dan berkaliber dari apa yang ada sekarang.

Matlamat AF-NG adalah untuk membentuk TUDM sebagai satu tentera udara berkeupayaan full spectrum yang boleh melaksanakan tugas dan misi di dalam semua keadaan aman atau perang dengan berkesan.Di samping itu TUDM juga mampu untuk melaksanakan misi-misi kemanusiaan (HADR) diperingkat domestik dan global.AF-NG merupakan ketumbukan udara masa depan yang berteraskan teknologi dan pengetahuan serta diterajui oleh pegawai dan anggota yang berketrampilan.

Konsep dan Perlaksanaan

Ketumbukan Pasukan (Our Force)

Aspek ini melihat kepada keupayaan dan kesiagaan TUDM. Kemampuan TUDM di masa depan seharusnya meliputi semua bentuk operasi (full spectrum), yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan berteknologi dan berkeupayaan tinggi untuk beroperasi di ruang udara, ruang angkasa dan dunia siber. Penguasaan ke tiga-tiga medium mampu menjadikan TUDM sebagai ketumbukan yang dinamik.

Kapasiti Organisasi (Organisation Capacity)

Aspek ini memberi fokus kepada usaha untuk memperkasakan TUDM menjadi sebuah ketumbukan udara yang dinamik, teguh dan fleksibel di dalam mengharungi cabaran dan kekangan melalui hasil integrasi 3 elemen iaitu man, machine and mission (3M). Keupayaan TUDM akan ditentukan oleh kekuatan organisasi dan halatuju bagi mempromosikan agenda dan objektif yang digariskan.

Doktrin (The Doctrine)

Aspek ini menitikberatkan kepada cara kerja dan prosidur yang perlu difahami untuk diaplikasikan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia memberi impak yang besar melalui usaha yang digariskan di dalam AF-NG supaya dapat memberi nafas baru melalui doktrin-doktrin yang kemaskini dan membangunkan doktrin-doktrin baru yang relevan dan terkini.

Warga Pasukan (The People)

Aspek ini merupakan faktor yang paling penting di dalam transformasi AF-NG di mana TUDM kelak akan dibarisi oleh pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berkualiti yang disokong oleh anggota yang berkemahiran dan komited. Budaya dan persekitaran TUDM masih bersandarkan kepada `5 nilai teras’ sedia ada, selain memberi penekanan kepada keterbukaan, inovatif dan kreativiti.



Perlaksanaan

Transformasi ke arah AF-NG dijangka mengambil masa selama 10 tahun di dalam 3 fasa bermula pada tahun 2010.
Fasa 1
Diklasifikasikan sebagai readiness to change yang bermula dari 2010 hingga 2012.
Fasa 2
Adalah fasa implementation mulai tahun 2013 hingga 2017.
Fasa 3
Adalah making it stick yang bermula pada 2018 hingga 2020.
(Nota: Selepas tahun 2020 AF-NG perlu dikekalkan dan dibudayakan agar TUDM sentiasa relevan dengan kewujudannya).




Pengertian Logo







Logo AF-NG mengandungi perkataan AIRFORCE NEXT GENERATION. Ia disulami jaluran warna rasmi TUDM beserta dengan 4 simbol objek bergerak ke hadapan, melambangkan transformasi AF-NG:
Ketumbukan Pasukan (Our Force).
Kapasiti Organisasi (Organisation Capacity).
Doktrin (The Doctrine)
Warga Pasukan (The People)



TAHUKAH ANDA???






TAHUKAH ANDA??????


PANJANG LIDAH ZIRAFAH BOLEH MENCAPAI SEHINGGA 21 INCI


Tuesday, January 8, 2013

Nenek Gayung



Hye...selamat malam semua..Apa khabar pembaca di luar sana?
Harap sihat walafiat hendaknya.
Hari ni NSi nak kongsi satu filem dari seberang yang wajib korang tengok.
Filem hantu yang kelakar..x kering gusi kita dibuatnya.
Nak tahu lebih lanjut silalah nonton ya  (^_~)

DIABETES AND HYPERTENSION



Hypertension and diabetes mellitus are commonm disease and are often linked,ie,patients with diabetes have a higher risk of hypertension.

Hipertensi dan diabetes melitus merupakan penyakit-penyakit yang lazim dan penghidap diabetes akan lebih berisiko lebih tinggi untuk mendapat hipertensi.


Blood Pressure (BP)
BP levels vary from one person to another.Your doctor is best qualified to determine what your target levels should be,especially if you also have diabetes
Tekanan Darah
Tekanan Darah adalah tidak sama untuk semua orang dan sasaran ujian peribadi anda mungkin akan menunjukkan keputusan yang lebih tinggi atau lebih rendah.


Blood Glucose
Your diabetes care team will help you determine your self-testing blood glucose goals based on your medical history and lifestyle.
Glukosa Darah
Kumpulan penjaga diabetes anda akan bekerja bersama anda untuk menentukan matlamat ujian sendiri glukosa darah berdasarkan sejarah perubatan dan keperluan gaya hidup anda.