Thursday, January 10, 2013

Bantu Jejaki Mereka

WANTED


Rosihan Saji (kiri) Nordin Ahmad (tengah) dan Ahmad Izwan (kanan)


KULAIJAYA – Tiga lelaki geng pecah sekolah yang aktif melakukan samun dan melarikan barang berharga  di sekolah sekitar daerah ini berjaya dicekup hasil risikan dijalankan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuliajaya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, ketiga-tiga mereka dicekup secara berasingan dalam tempoh seminggu.

Kesemua mereka membabitkan suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun, selepas laporan diterima pengawal keselamatan sekolah.

Menurut Zulkefly, hasil tangkapan itu membawa kepada penemuan barangan curi yang dilaporkan termasuk tiga rangka motosikal yang dipercayai turut dicuri kumpulan berkenaan.

“Kejadian terbaru berlaku pada 14 Disember lalu apabila kesemua suspek memecah masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK ) Sinar Bahagia, Felda Taib Andak.

“Dalam kejadian itu mereka berjaya melarikan dua televisyen jenis LCD dan projektor yang disimpan dalam perpustakaan sekolah,” katanya.

Kesemua mereka turut disyaki memecah masuk ke sekolah sama sebanyak dua kali sebelum ini dan melarikan tujuh komputer riba yang dalam proses dilupuskan serta sebuah gitar elektrik.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pecah rumah dan Seksyen 411 kanun sama di atas kesalahan mencuri kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu Zulkefly berkata, pihaknya sedang giat memburu tiga lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan itu bersama-sama tiga suspek yang ditangkap.

Mereka yang dicari ialah Ahmad Izwan Yatim, 27, atau Bauk; Rosihan Saji, 33, atau Angai dan Nordin Ahmad, 37, yang dikenali sebagai John.

No comments:

Post a Comment