Malam ni Nsi nak sentuh sedikit gejala menghina AGAMA ISLAM,NABI MUHAMMAD SAW dan ALLAH SWT makin berleluasa dewasa ini.Mereka ini bagaikan menduga akal fikiran serta kesabaran UMAT ISLAM amnya untuk memperlihatkan pada dunia adakah kita sebagai umat islam masih kuat berpegang pada agama kita atau tidak ,kerana tanpa kekuatan iman umat islam pada agamanya akan menggoyah kesepaduan/kesepakatan umat itu sendiri.
Pada pendapat Nsi sendirilah tiada guna jika seluruh umat Islam di dunia ini melenting tidak tentu pasal membuat perhimpunan,merosakkan harta benda,meragut nyawa orang terutamanya (siapalah kita untuk mencabut nyawa seseorang kita bukan ALLAH SWT) dan macam2 lagilah.Semuanya ini akan mencemarkan lagi kesucian agama ISLAM kita itu sendiri.Sememangnya kita berasa amarah pada cacian ini tapi jika membuat perkara yang boleh menjatuhkan martabat kesucian agama kita sendiri alangkah bodohnya kita .Perkara ini mesti kita tangani dengan cara yang terbaik mengikut amalan2 serta sifat Rasulullah bagaimana baginda menangani sesuatu masalah.
Adalah lebih baik jika KESEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA INI MEMBUAT SOLAT HAJAT untuk menurunkan bala pada mereka2 ini yang telah menghina KESUCIAN AGAMA ISLAM,NABI dan ALLAH SWT.Insyallah doa umat Islam sedunia ini akan dimakbulkan ALLAH SWT.Dari kita semua membuang masa membuat demontrasi jalanan terjerit sana terjerit sini seperti orang tiada Iman,merosakkan harta awam,memburukkan nama negara,bangsa,agama kita sendiri adalah lebih berfaedah kita bersolat dan berdoa memohon dariNYA kerana dengan SOLAT,musuh2 ISLAM akan menjadi gerun dan takut pada umat Islam amnya.Solat Teras Kekuatan Umat.Wallahualam.
Di bawah adalah salah satu link terkini menghina ISLAM,NABI MUHAMMAD SAW dan ALLAH SWT
https://www.facebook.com/groups/happyspokesfamily/
Di bawah adalah salah satu link terkini menghina ISLAM,NABI MUHAMMAD SAW dan ALLAH SWT
https://www.facebook.com/groups/happyspokesfamily/
No comments:
Post a Comment