Friday, September 28, 2012

Siapa Yang Tidak Sayang Kepada Ibu Bapa Anda???


Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Pengorbanan seorang bapa dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya. Maka kita sebagai anak hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada ibu bapa kita dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur. Maka seharusnya kita doakan kepada kedua Ibu Bapa kita setiap hari untuk kesejahteraan mereka..


Firman Allah s.w.t:
"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita adalah dengan menjaga adab dan tingkah laku kita sebagai seorang anak setiap masa . 

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." 
(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim). 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

Berdoalah kepada kedua Ibu Bapa kita setiap hari untuk kesejahteraan mereka.. Keredaan ibubapa boleh menjadi salah satu faktor penting yang menyebabkan doa kita seterusnya akan mudah dikabulkan Allah. 

-Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa kami agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil. 

-Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka. Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka 
 
-Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.
 
-Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

-Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

-Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.
 
-Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan, jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka dan Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami. 

-Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

-Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

-Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Semoga Doa ini jadi panduan dan amalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------

No comments:

Post a Comment