Sembahyang merupakan amalan yang mula-mula di kira di akhirat nanti. Sembahyang juga lah yang akan di periksa oleh ALLAH SWT nanti apabila meninggal saja anak adam , rohnya akan di bawa kelangit untuk di hadapkan ke hadrat ALLAH Azzawajalla.
Tapi ada satu perkara yang sangat penting akan terjadi iaitu apabila saja roh itu sampai di langit pertama , akan di periksa amalan sembahyangnya.
Jika amalan sembahyangnya baik semasa hidupnya , barulah roh itu boleh melepasi malaikat penjaga langit pertama. Sekiranya amalan sembahyangnya tidak menepati kehendak ALLAH taala maka roh itu tadi di humban ke dunia . Maka berkeliaranlah roh tadi di muka bumi.
Sebaliknya jika roh itu , ibadat sembahyangnya memenuhi kehendak ALLAH , maka ia di lepaskan dari langit pertama menuju ke langit kedua.Maka apabila sampai saja di langit yang ke dua malaikat penjaga di situ akan memeriksa amalannya berhubung dengan hubungan dengan ibubapa. Sekiranya roh si polan ini banyak melakukan penderhakaan kepada ibubapanya roh ini juga di humban ke dunia.
Renungkanlah tuan –tuan semua betapa pentingnya sembahyang dan berbuat baik kepada ayah dan ibu.
Bagi roh orang lalai dari ibadat sembahyang pula seekor ular sebesar leher unta akan mematuknya semasa di dalam kubur hingga hari kiamat. Cerita-cerita ini ada di ceritakan didalam kitab “ Bahrulmazi “.
Mudah-mudahan ada sedikit iktibar yang dapat kita ambil.
._. hi..betol tu dlm solat bacaan silap pon x blh..trutamanya surah al-fatihah..
ReplyDeletedone 4llow u..nice blog!!