Wednesday, October 17, 2012

Karnival Paya Indah Wetlands & World Wildlife Week 2012 Jabatan PERHILITAN





KARNIVAL PAYA INDAH WETLANDS & WORLD WILDLIFE WEEK’ 2012
JABATAN PERHILITAN 
3-4 NOVEMBER 2012
   
Paya Indah Wetlands (PIW) terletak di dalam Daerah Kuala Langat, Selangor dan merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang beroperasi dari tahun 1983 hingga 1997. Pada 17 Februari 1998, seluas 450.769 ha.daripada tanah lembap ini telah diwartakan sebagai Rezab Tanah Lembap di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]. Pada 1 Ogos 2005, Jabatan PERHILITAN secara rasminya mengambilalih pengurusan PIW daripada Malaysia Wetlands Foundation(MWF). Objektif penubuhan PIW ialah untuk memulihara hutan paya gambut dan ekosistem yang berkaitan dengan tanah lembap, meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan tanah lembap, membangunkan aktiviti penyelidikan dan pendidikan berkaitan dengan ekologi tanah lembap, dan menyediakan kemudahan rekreasi kepada pengunjung yang ingin menikmati suasana alam semulajadi tanah lembap.

Karnival Paya Indah Wetlands ini merupakan kesinambungan daripada Karnival Komuniti yang telah dianjurkan pada tahun 2011 di Paya Indah Wetlands. Ia merupakan salah satu program kesedaran awam untuk memberi pengetahuan dan maklumat mengenai usaha-usaha Jabatan PERHILITAN dalam memulihara dan memelihara ekosistem Paya Indah Wetlands. Antara aktiviti yang dianjurkan berbentuk pertandingan, pertunjukan, akademik malahan aktiviti yang dapat menguji pengetahuan orang awam amnya tentang ekosistem tanah lembap dan khususnya mengenai Paya Indah Wetlands. Karnival ini akan melibatkan pelbagai golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan remaja yang akan menjadi pewaris sumber biodiversiti di Malaysia. Karnival ini akan memberi peluang kepada masyarakat setempat melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sejajar dengan konsep ekopelancongan Paya Indah Wetlands.Untuk maklumat lanjut bolehlah mengetik Paya Indah Wetland  (^_~)

No comments:

Post a Comment