Bahan-bahan
Soo Hoon/Mee Cacing/Bee Hoon/Mee Kuning - apa2 mee ikut citarasa kita (di celur)
Taugeh - ikut suka nak celur atau tidak
Kobis di hiris halus
Bahan untuk kuah
4biji bawang merah di hiris
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 batang serai di ketuk
1 kiub daging
daging tetel - ikut suka kita
tulang - ikut suka kita
garam
cili api + kicap + gula ( untuk cili kicap) - orang indon suka tumbuk cili asing dengan kicap.Nsi suka yang simple je..campur kedua2 sekali.
sos cili maggie - letak bersama dalam bakso
sos cili maggie - letak bersama dalam bakso
Cara-cara
1. Untuk kuah : Rebuskan daging,tetel,tulang sehingga empuk.
2. Panaskan minyak,tumis bawang merah,bawag putih,halia pastu masukkan serai dan tumis sehinggan naik bau.Masukkan air rebusan bersama isinya ke dalam tumisan tadi.Masukkan juga lada sulah dan garam secukup rasa.
3. Celur pilihan mee,kemudian tapis.Hidang mee pilihan bersam taugeh dan hirisan kobis.
4. Bakso selalu di makan bersama sambal cili kicap bersam sos cili(suka sos maggie)
No comments:
Post a Comment