Wednesday, January 23, 2013

Gemparrr !!!!! Rozita Che Wan di lamar Zain Saidin

Zain Saidin yang telah meluahkan isi hatinya pada Che Ta di Instagram mengatakan mereka akan berkahwin pada tahun ini. Tambahan pula dia dan Che Ta sudahpun berbincang perihal perkahwinan mereka dan Rozita menyerahkan semua keputusan ditangan Zain.


Beberapa hari lalu, kita digemparkan dengan kenyataan pelakon, Zain Saidin mahu melamar Rozita Che Wan pada tahun ini juga.
Namun, tiada kata-kata samada Rozita atau Che Ta bersetuju atau tidak dengan niat Zain itu.
Hari ini, menerusi Utusan Malaysia Rozita Che Wan mengakui yang dia dan Zain ketika ini sememangnya serius berkawan tetapi belum sampai ke tahap merisik atau bertunang.
“Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan.
“Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya,” katanya.
Tambahnya, isu mengenai Zain mahu mengahwininya itu merupakan pendapat Zain secara peribadi.
Harapannya, agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.
Sebelum ini, Zain memberitahu dia dan Che Ta serius berkawan dan jika ada terdengar desas-desus yang mengatakan Che Ta sedang berpasangan dengan lelaki lain ia adalah tidak benar sama sekali.
“Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” kata Zain Saidin.

Ikhsan Sumber

2 comments:

  1. dunia gosip ni mmg kan ..

    ReplyDelete
  2. bab2 gosip ni lah yg ramai suka baca...ni sj nk test tgk btl x...ternyata sgt betul.hu2

    ReplyDelete