Wednesday, October 10, 2012

BUBUR OAT



Hari ni Nsi nak ajak semua cuba resepi yang mudah dan sedap ni.Juadah yang lazat dan berkhasiat amat sesuai dihidangkan pada bila2 masa sahaja.



Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 liter air
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 ulas bawang putih - ketuk je
  • 1 kiub ayam
  • sedikit mix vege
  • sedikit lada hitam - ditumbuk
  • isi ayam - ikut suka kita nak letak banyak mana
  • sedikit garam
  • bawang goreng dan minyak bijan 
  • daun bawang/daun sup - bahan hiasan
  • sedikit minyak
  • 4 senduk kecil oat - ikut suka kita nak pekat atau cairnya kuahnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang2 yg dihiris tadi hingga kekuningan atau naik bau.
  2. Masukkan air, kiub ayam dan lada hitam
  3. Sebelum air mendidih, masukkan oat dan isi ayam. Kacau2 sebab takut oat berketul. Masak hingga mendidih dan kacau sekali sekala sebab oat membuak kalau tak kacau.
  4. Masak hingga oat sampai betul2 kembang dan rasa le garam nye.
  5. Siap dan boleh dihidang bersama bawang goreng dan beberapa titik minyak bijan.
  6. Simple je tapi berkhasiat. Selain ayam boleh juga guna perencah lain. Ikut selera. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment