Thursday, October 11, 2012

Susulan Kontroversi Karier Safee Sali Terancam!!!!!



Penat menjawab soalan2 kawan2 dan media hingga tengah malam tadi dan pagi ini. Ini cerita lama dan baharu ini disampaikan dalam bentuk bersurat kepada FAM oleh PSSI. Kisah penggantungan ni dah lama, tapi hanya PSSI sahaja yang 'gantung', sedangkan AFC dan FIFA dah bagi amaran kpd PSSI jgn bertindak sesuka hati atau PSSI digantung. 

Pada 20hb. September, dalam mesyuarat di AFC, telah diputuskan oleh Task Force AFC yang diketuai Tg Abdullah Ahmad Shah bahawa ISL dan IPL adalah sah dan boleh berjalan serentak hingga tahun 2014. Menjelang 2015, satu liga baru bernama Liga Merah Putih akan menggantikan kedua2 Liga Professional di Indonesia. Pasukan timnas Indonesia pula wajib menurunkan pemain dari kedua2 liga dan hampir 10 pemain dari ISL telah disenaraikan utk latihan persiapan AFF di KL bulan depan.

 Saya pun tak faham kenapa baru sekarang nak buka cerita 'penggantungan' ini oleh SU Agung PSSI, Halim Mahfudz yang baru beberapa minggu dilantik gantikan Sec Gen lama PSSI. Dia lupa buka fail kot atau dia masih dalam proses cuba memahami situasi. Dipendekkan cerita, ISL dan IPL adalah liga sah di Indonesia dan Safee masih pemain Pelita Jaya yang bakal bergabung dgn Arema Indonesia hingga Feb 2014. Safee juga tidak terjejas utk wakili pasukan negara. Pihak kelab di Jakarta juga sedang berusaha membetulkan kekeliruan ini disana. Byk laporan media yang agak tersasar sediikit lantaran kekurangan maklumat tepat. Harap maklum. - Zack Rahim, Pengurus SafeeSali10Official


No comments:

Post a Comment