Thursday, October 4, 2012

Khasiat Kacang Bendi





Orang Utara sebut kacang lendiaq. Orang putih kata lady fingers. Juga disebut sebagai okra. Orang India sebut venddi Kai.

Kalau tak silap di kalangan orang tionghua dipanggil Yeong Kok Tau. Nama saintifiknya pula ialah abelmoschus esculentus.
Asal usul kononnya dari Ethiopia. Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari.
Daun yang muda (pucuk tu boleh juga dimakan atau dijadikan sebagai makanan haiwan.
Buahnya memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan.
Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkask atau radang.
Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul,
 mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.
Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Pernah juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis.
Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.Ada di setengah-tengah tempat, bijinya menggantikan biji kopi.
Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi.
Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya,
keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya. Kalau berkesan bagi tau dekat kawan/kawang2.
Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.


Bagi mereka yang ingin resepi mudah masak bendi, di sini saya perturunkan resepi pembuka selera.

Bahan:
10-15 tangkai/batang bendi
2 biji cili masak/merah/besar
2 keping asam jawa
sedikit garam
20 ekor udang sayur (yang kecil2 tu)
1 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih.
Cara memasak:
Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk .Masukkan udang/garam/asam keping/gelugur( boleh tambah sedikit asam jawa- untuk mendapat rasa manisnya).
Bila dah mendidih, masukkan bendi. Biarkan hingga bendi lembut. Angkat dan hidang.(kalau naka bg rasa sedap lagi boleh masukkan belacan atau budu!)-
Bendi jangan dipotong kerana bila sudah dipotong lendirnya akan keluar, kurang sedap.

No comments:

Post a Comment