Monday, December 31, 2012

TAHUKAH ANDA???


Magma adalah batu cecair panas di bawah permukaan Bumi, ia di panggil lahar selepas ia terkeluar daripada gunung berapi.


Gas asli tidak mempunyai bau.Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia, supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran.

Hawaii bergerak menghala ke Jepun pada kelajuan 10cm
 setahun. Ini adalah kerana setiap satu Negara tersebut berada pada plat tektonik yang berlainan.

Bongkah batu gunung berapi yang dikenali sebagai pumis adalah bongkah batu yang boleh terapung dalam air.

Gempa bumi yang berlaku di lautan boleh menyebabkan tsunami yang boleh sampai ke darat dan membahayakan manusia.

Talkum merupakan galian yang paling lembut dan halus di Bumi, dengan ketebalan hanya 1 di skala Mohs. Ia digunakan untuk membuat bedak talkum.

Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara, ia meliputi kira-kira satu per tiga benua Afrika!

Gunung Everest adalah gunung tertinggi di Bumi, kemuncaknya mencapai 8,848 meter (29028 kaki) di atas paras laut.

Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras.
Berlian semula jadi dibentuk oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.

Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar. Ia berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.

No comments:

Post a Comment