Tuesday, December 18, 2012

TAHUKAH ANDA????


Dinosaur pertama yang diberi nama secara rasmi ialah Megalosaurus, pada tahun 1824.
Orang yang mengkaji dinosaur dipanggil ahli paleontologi.


Dinosaur terbesar seperti Brachiosaurus dan Apatosaurus sebenarnya adalah herbivore (pemakan tumbuhan), bukannya karnivor (pemakan daging).

Dinosaur paling kecil yang diketahui ialah Compsognathus. Ianya tinggal di Eropah pada zaman Jurassic dan bersaiz seekor ayam. Compsognathus dipercayai memakan serangga, cicak dan haiwan kecil yang lain.

Perkataan "dinosaur" dicantum dan direka oleh Sir Richard Owen, yang juga merupakan pengasas Muzium Sejarah Semulajadi di London, England. "Dinosaur" bermaksud cicak yang teruk dan ini berdasarkan perkataan Greek "deinos" (yang teruk) dan "sauros" (cicak).

No comments:

Post a Comment