Saturday, November 3, 2012

Bulan November diisytihar sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan



Bulan November diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia bermula tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini.
   
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata langkah itu dibuat untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosioekonomi negara.
   
Katanya ia selaras dengan Gerakan 1Malaysia Family First di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilancarkan pada 17 Jun lepas menerusi pelaksanaan Dasar Keluarga Negara.  
   
"Kementerian amat menitikberatkan pengukuhan institusi keluarga kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara" katanya semasa menjawab soalan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang).
   
Najib berkata bagi syarikat swasta yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja-pekerja mereka, rebat atau potongan 100 peratus akan diberikan untuk semua perbelanjaan keraian


"Klik Saya Untuk Mengetahui Cara Menukar Nilai RM100 ke RM100,000 "

No comments:

Post a Comment