Thursday, November 22, 2012

Istanbul Aku Datang




Sebuah cerita kisah cinta dan komedi yang ringan sesuai untuk tontonan ramai bagi menghilangkan stress seharian atau mingguan bekerja,belajar ect.....Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang sangat mencintai kekasihnya sanggup travel hingga ke Istanbul untuk menemui kekasih hatinya yang sedang belajar di sana.Gadis ini juga sanggup untuk belajar di Universiti yang sama semata-mata untuk bersama buah hatinya.

Dalam masa yang sama buah hatinya (tomok) menyuruhnya mencari rumah sendiri dengan alasan tidak sesuai gadis tinggal serumah dengan housemate lelaki.Dalam usaha mencari rumah sewa gadis tersebut ( Lisa Surihani telah di tipu oleh lelaki tempatan Istanbul dimana rumah yang disewakan telah mempunyai penyewa.Keadaan menjadi tegang apabila buah hatinya (tomok) datang melawat gadis tersebut di rumah sewanya dan melihat ada lelaki tidak berpakaian di dalam rumah tersebut dan menuduh gadis tersebut curang dan jalang.

Keadaan menjadi tegang apabila gadis tersebut pergi ke rumah buah hatinya untuk memujuk di mana berlaku pertengkaran diantara buah hatinya bersama housemate gadis tersebut (beto kusyairy)
dan juga kekasih tomok ( penduduk istanbul).Babak ini ada kelakarnya juga dimana selepas lelaki bergaduh tiba pula masa pergaduhan antara perempuan..memang gelak masa ni...dan selepas itu episod pujuk memujuk tomok dan lisa surihani dan episoh bagi lisa surihani untuk membuat pilihan kembali kepada tomok atau mengahwini beto...Apa2 pun nak tahu lebih lanjut silalah ke pawagam terdekat untuk menonton ye.

Biasalah cerita melayu jalan cerita hampir semuanya sama cuma lokasi pengambaran saja yang berbeza.Cuma pelakon-pelakon sahaja penentu laku atau tidak sebuah filem tersebut.Lagi ramai peminat seorang pelakon lagi ramailah jumlah penonton yang boleh di ajak ke pawagan untuk menonton artis kesayangan meraka.

Bagi Nsi cerita ni hanya 3.5 dari 5 bintang sahaja.







No comments:

Post a Comment