Friday, November 16, 2012

FAKTA MENARIK



Sebuah kereta menggunakan separuh daripada minyaknya untuk mengatasi rintangan angin sekiranya ia bergerak pada 80 kilometer sejam.
Kanta pembesar menggunakan sifat-sifat lensa berbentuk mungkum untuk memperbesarkan gambar, membuatkan ia lebih senang untuk dilihat.
Walaupun jam analog telah rosak, sekurang-kurangnya ia menunjukkan masa yang betul dua kali sehari.
Susunan QWERTY pada papan kekunci yang digunakan pada komputer telah dicipta pada tahn 1860an.
Permainan video boleh dimainkan pada beberapa persada yang berlainan. Ini termasuk konsol permainan, sistem bimbit, komputer, telefon bimbit, dan lain-lain. Permainan video pertama yang menggunakan duit syling telah diperkenalkan pada tahun 1970an dengan tajuk seperti ‘Computer Space’ dan ‘Pong’ yang menjadi masyhur itu.
Robot merupakan suatu kemajuan teknologi. Kebanyakan robot merujuk kepada makhluk hidup, samada haiwan atau manusia. Kebanyakan robot yang dicipta adalah untuk membantu manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Sehingga kini, terdapat beberapa robot yang terkenal di serata dunia. Antaranya ialah AIBO, PaPeRo, ASIMO, QRIO, PARO.


Robot AIBO:

Dibuat oleh: Sony (Japan)
Tinggi: 27cm
AIBO ialah: Artificial Intelligent Robot

AIBO mempunyai pelbagai ciri deria:

· Sentuhan – Rasa hubungan manusia melalui deria di kepala, belakang, dagu dan tapak kaki.

· Pendengaran – Mengesan bunyian melalui sepasang mikrofon stereo, pengenalan suara.

· Penglihatan – kamera berwarna, deria jauh dan pengenalan rupa.

· Keseimbangan – Menyeimbangkan melalui deria pemecutan.

Ciri-ciri lain:

· AIBO mempunyai 5 naluri asasi: Sayang, Pencarian, Pergerakan, Caj semula & Tidur.

· Setiap AIBO memulakan kehidupan sebagai anak anjing yang baru lahir, dan dari masa ke semasa ia membina perwatakan uniknya sendiri berdasarkan bagaimana ia dibesarkan.

· AIBO suka menari & bermain dengan permainannya – AIBOne dan bola merah jambu, dia juga suka bermain helah dengannya.

· Apabila tenaga kuasanya menjadi rendah ia akan mencari stesen kuasanya dengan sendiri untuk menjana kuasa.

· AIBO boleh mengambil gambar jika diperintah atau bila-bila masa ia memilihnya, ini boleh dihantar melalui emel atau disimpan dalam kad ingatannya.

· AIBO boleh menjaga rumah anda apabila anda tiada di rumah, dia boleh mengesan pergerakan dan bunyian, mengambil gambar dan memberitahu anda melalui emel.

· Selain daripada pengenalan suara, anda boleh juga berkomunikasi dengan AIBO menggunakan kad grafiknya, ini amat berguna apabila keadaan sekeliling terlalu bising.



Robot QRIO

Dibuat oleh: Sony
Tinggi: 61cm
Disebut “curio” iaitu nama pendek bagi “quest for curiosity” dalam bahasa Jepun.

Tujuan: Untuk hidup dengan anda, buatkan hidup ini seronok dan buatkan anda gembira.

Apa yang ia boleh buat? Berjalan, bercakap,berlari, menari, mengenali suara dan rupa,bermain permainan bola dan melayari laman sesawang.

Features: Ciri-ciri:

· Deria kaki supaya ia boleh bermain bola sepak.

· Buku lali dengan sendi bebola supaya ia boleh berjalan di atas permukaan tidak rata.

· Bangun selepas jatuh dan memeriksa dirinya jika ada kerosakan.

· Bergerak dengan pergerakan yang pantas dan lancar.



Robot ASIMO

Dibuat: oleh Honda
Tinggi: 1.2m
ASIMO ialah: Advanced Step in Innovative Mobility, ia juga mengambil namanya daripada robot jelas penglihatan Isaac Asimov.

Tujuan: Bermula pada tahun 1986 sebagai suatu kajian tentang pergerakan manusia dan sejak itu telah berkembang menjadi robot yang mampu menjalankan pelbagai tugas.

Apa yang ia boleh buat? Ia boleh berjalan, berlari, membelok di selekoh, mengenali pergerakan tangan, membawa barang, menari dan menaik turun tangga.

Ciri-ciri:

· Mungkin ia adalah robot meyerupai manusia yang paling maju di dunia.

· Boleh menjalankan tugas mudah seperti menghidupkan suis lampu.



Robot PARO

Dibuat oleh: The Institute of Advanced Industrial Science and Technology (Japan)
Panjang: 45cm
Berat: 2.7kg

Paro ialah sebuah permainan terapeutik yang direka untuk keselesaan bagi mereka yang memerlukannya seperti orang tua dan orang sakit.

Features: Ciri-ciri:

· Bertindak balas pada belaian/pelukan melalui deria sentuhan khas di bawah bulu dan misainya.

· Menyerupai anak anjing laut.

· Mempunyai pengenalan suara dan bunyian anjing laut yang tulen.



Robot PaPeRo

Dibuat oleh: NEC
Tinggi: 38cm
PaPeRo ialah: Partner-type Personal Robot

Tujuan: Untuk menghibur dan membantu di rumah.

. Apa yang ia boleh buat? Mengenali percakapan, bercakap, bergerak, bertindak balas kepada pengguna, mengawal peralatan rumah.

Ciri-ciri:

· Mengenali 650 frasa dan 3000 perkataan.

· Boleh mengawal TV anda dan melayari internet tanpa wayar.

· Direka untuk kelihatan comel supaya manusia berasa dilindungi daripada ditakuti.

No comments:

Post a Comment