Thursday, November 29, 2012

FAKTA MENARIK


Matahari adalah 300000 kali lebih besar daripada bumi.

Planet Zuhrahadalah planet yang paling panas dalam sistem solar kita dengan suhu permukaan lebih daripada 450 darjah selsius.
Planet Zuhrahadalah planet yang paling panas dalam sistem solar kita dengan suhu permukaan lebih daripada 450 darjah selsius.
Disebabkan tarikangraviti yang rendah, seseorang yang berat badannya 100kg di Bumi akan menjadi hanya 38kg di permukaan Marikh
Disebabkan graviti Matahari & Bulan maka Bumi kita mempunyai keadaan laut yang pasang & surut.
Utarid mempunyai graviti permukaan yang amat rendah. Oleh kerana ia sangat berhampiran dengan Matahari, suhu siang hari boleh mencecah lebih 400 Darjah Selsius.
Udara di planet Zuhrah sebahagian besarnya terdiri daripada karbon dioksida. Saiznya kecil sedikit daripada Bumi. Ia juga mempunyai ciri-ciri graviti sama dengan Bumi. Permukaan planet Zuhrah selalunya digambarkan sebagai “gurun ribut”, penuh dengan lubang ledakan dan gunung berapi yang sangat aktif.
Marikh digelar sebagai planet merah kerana ia diliputi habuk seperti warna karat. Udaranya pun berwarna merah jambu, diwarnakan oleh butiran habuk kecil yang dilontar ke atas dari permukaan.
Musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria kita. Ia terlalu besar hingga lebih daripada 1300 Bumi boleh dimuatkan di dalamnya.
Zuhal merupakan planet kedua terbesar dalam sistem suria kita dan ia terdiri daripada gas hidrogen. Ia dikelilingi oleh sistem lingkaran yang mengunjur keluar ke angkasa lepas beribu-ribu kilometer. Lingkaran itu terdiri daripada berjuta-juta hablur air batu, ada yang sebesar sebuah rumah dan ada yang sekecil sebintik habuk.
Uranus sukakan sedikit perbezaan. Ia menunjukkan jerebu biru/hijau yang indah disebabkan oleh tahap tinggi gas metana dan berguling seperti sebuah tong. Oleh sebab Uranus mengambil masa 84 tahun untuk mengelilingi matahari, ini bermakna setiap kutubnya berada selama 42 tahun siang dan 42 tahun malam berikutnya.
Neptun adalah planet yang besar, hampir empat kali saiz Bumi. Neptun adalah planet air yang besar dengan udara hidrogen-metana biru serta lingakaran yang kabur.
Pluto merupakan planet yang paling kecil dan paling jauh daripada sistem suria kita, kini ia tidak diiktirafkan secara rasmi sebagai planet! Pada tahun 2006 ia diturunkan kepada status planet kerdil. Oleh sebab is sangat jauh daripada matahari, ia sangat sejuk dengan suhu antara -235 Darjah Selsius hingga -210 Darjah Selsius.

No comments:

Post a Comment